Sunday, June 19, 2011

Kewajipan Bertudung

Dalam Surah An-Nur, Ayat 31, Allah berfirman:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعاً أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke paras dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.”

Ayat hukum di atas, jelas menerangkan kewajipan menutup dengan kain tudung (penutup kepala) sehingga ke paras dada, tanpa perselisihan dari mana-mana ulamak tentang hukum yang telah ditetapkan ini. Kepentingan menjaga aurat bukan sahaja mempunyai kebaikan untuk golongan wanita, bahkan keselamatan mereka lebih terjamin, tambahan mata-mata lelaki lebih terjaga dan secara langsung hati lelaki lebih terpelihara. Seterusnya, kesejahteraan dunia dan alam ini terjamin.

sumber:iluvislam.com

Friday, February 25, 2011

10 SEBAB ANTARA SOLAT TIDAK DITERIMA

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:



"Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu petunjuk dan jalan selamat dan barang siapa yang tidak memelihara solat maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya dan juga tidak menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya".



Rasulullah saw juga telah bersabda yang bermaksud: "10 orang yang solatnya tidak diterima oleh Allah SWT ialah:



1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.



2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.



3. Orang lelaki yang minum arak tanpa meninggalkannya (taubat).



4. Orang lelaki yang menjadi imam padahal orang yang menjadi makmum membencinya.



5. Anak lelaki yang melarikan diri dari rumah tanpa izin kedua ibu bapanya.



6. Orang perempuan yang suaminya marah/menegur kepadanya lalu si isteri memberontak.



7. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim serta menganiaya.



8. Orang perempuan yang tidak menutup aurat.



9. Orang yang suka makan riba.



10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar.



Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:



"Barang siapa yang solatnya tidak dapat menahan daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah SWT dan jauh dari Allah SWT."

Sunday, January 30, 2011

SEMAK......SERABUT>>>>>>>

Takde apa yang penting untuk diungkapkan......
hanya nak menyatakan perasaan semak dan serabut dengan situasi politik hari ni....
setiap mereka ada agenda tersendiri, oleh itu jangan kita tertipu dengan janji palsu atau pemanis mulut sahaja....

kos sara hidup meningkat dan tak mustahil jenayah akan meningkat hingga ke tahap yang membimbangkan....
pemimpin cuma kata hal ini tak dapat nak elak jadi jangan buat pembelian panik.....
dia orang pemimpin apa tau.... gaji cecah berbelas ribu belum lagi projek peribadi dan komisyen yang diterima atas anugerah sesuatu projek...... ITULAH POLITIK.....

Kenapa tak ikut cara berpolitik yang di ajar oleh Rasulullah s.a.w??????????

Kita berbangga dengan angka-angka kutipan duit zakat hingga mencecah berjuta-juta ringgit tetapi persoalannya kemana duit itu dibelanjakan....... kemiskinan tetap tegar.... ibu tunggal melarat...... ibnu sabil meminta sedekah kononnya untuk di jadikan usahawan.... muaallaf terabai..... dan banyak lagi persoalan yang masih membelenggu.......

apakah ini tanda akhir zaman?????

kepada mereka yang memegang amanah secara sementara,,, sila renungkan dan muhasabah diri anda adakah selama anda menjadi pemimpin ini anda telah melakuakan sesuatu yang adil, amanah dan bertanggungjawab dalam menjaga maslahat umum.....
sedarlah wahai pemegang amanah sesungguhnya pemimpin adalah orang yang terawal dihisab oleh Allah jadi jgn jadikan kerjaya politik sebagai untuk mengayakan diri saudara mara kroni dan sewaktu dengannya.....utamakan KEBAJIKAN RAKYAT.....